วันพฤหัสบดีที่ 25 สิงหาคม พ.ศ. 2554

WAHHABI TIPU AL-IBANAH


















( BUKTI DARI KITAB AL-IBANAH 1)


















( BUKTI DARI KITAB AL-IBANAH 2 )




" AL-IBANAH 'AN USULI DIYANAH " BUKAN KESEMUA ISI KANDUNGANNYA TULISAN IMAM AL-ASY'ARY.

Sememangnya kitab-kitab karangan Imam yang agong iaitu Imam Abu Hasan Al-Asy'ary ini menjadi carian dan keutamaan dalam menyebarkan dakwah. Ini kerana nama Imam tersebut sudah cukup mengambarkan kehebatan ilmu yang disampaikan seperti tersemai di tenta sejarah.

Berdasarkan kajian yang teliti dan amanah didapati bahawa kebanyakan kitab karangan Imam Al-Asya'ry dipermainkan dan ditokok tambah beberapa isi kandungannya berdasarkan apa yang telah diterangkan dalam kitab Tabyin Kazibi Muftary 'Ala Imam Abu Hasan Al-Asy'ary oleh Ibnu 'Asakir yang merupakan antara tokoh Al-Asya'irah yang utama.

WAHHABI BERDUSTA TERHADAP KITAB AL-IBANAH.
Rujuk sahaja buku-buku Wahhabi pasti akan diselitkan kenyataan dusta tanpa amanah terhadap Imam Al-Asy'ary. Paling kerap dinukilkan adalah dari kitab yang berjudul Al-Ibanah 'An Usuli Ad-Diyanah.
Sebenarnya banyak pendustaan yang jelas terhadap sebahagian isi kandungan kitab tersebut.
Cuma kali ini difokuskan kepada satu sahaja daripada 39 pendustaan yang ditokok tambah dalam kitab tersebut.

WAHHABI BERDUSTA MENDAKWA "ALLAH DUDUK ATAS ARASY" ADALAH AKIDAH IMAM AL-ASYA'RY.
Ini merupakan pendustaan terhadap Imam Abu Hasan Al-Asy'ary.
Sebenarnya Imam Abu Hasan Al-Asy'ary tidak pernah mengatakan Allah Duduk Di Atas 'Arasy dan tidak pernah juga beliau menyatakan Allah Bersemayam Di Atas 'Arasy.
Tidak wujud dalam mana-mana kitab beliau pun kenyataan kufur tersebut.
Tidak wujud juga perkataan kufur tersebut dalam kitab Al-Ibanah 'An usuli Ad-Diyanah karangan Imam Asy'ary. Tetapi Wahhabi berdusta lantas menyandarkan perkataan kufur tersebut kepada Imam Al-Asya'ry
Amat keji sungguh si penokok tambah yang mendakwa Imam Asy'ary kata begitu dalam Al-Ibanah. Bahkan apabila Imam Al-Asya'ry menyatakan tentang Istawa Allah beliau mensyarahkan dengan erti yang bukan bertempat dan berbentuk.
Lihat kitab Al-Ibanah di atas artikel ini yang telah discan dan perhatikan pada line yang telah digaris, kitab Al-Ibanah tersebut dicetakan Saudi Arabia Universiti Islamiah Madinah Munawwarah cetakan 5 mukasurat 119 & 126.

WAHHABI KATA : Imam Abu Hasan Al-Asya'ry pun kata Allah bertempat duduk/bersemayam di atas arasy dalam kitabnya Al-Ibanah.

Sedangkan

IMAM ABU HASAN AL-ASYA'RY PULA SEBUT DALAM KITABNYA ITU SENDIRI: ALLAH BERISTAWA ATAS ARASY TANPA BERBENTUK DAN TANPA MENGAMBIL TEMPAT. Lihat kitab Al-Ibanah di atas artikel ini yang telah discan dan perhatikan pada line yang telah digaris, kitab Al-Ibanah tersebut dicetakan Saudi Arabia Universiti Islamiah Madinah Munawwarah cetakan 5 mukasurat 119 & 126.


Pendusta Wahhabi amat keji disisi Allah dan Islam. Semoga pembohong Wahhabi ini diberi hidayah sebelum mati.

*ISTAWA TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN KEPADA BERSEMAYAM KERANA BERSEMAYAM BERERTI DUDUK, INI BUKAN SIFAT ALLAH. SEPERTI MANA ALMUTAKABBIR TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN KEPADA SOMBONG&ANGKUH KERANA ITU SIFAT JELEK BUKAN SIFAT ALLAH. AKAN TETAPI SEBAIKNYA DITERJEMAHKAN DENGAN MAHA BERKUASA.

OLEH: ABU SYAFIQ

วันพุธที่ 18 พฤษภาคม พ.ศ. 2554

Kristian-Islam. MENGAPA KRISTIAN PERLU MASUK ISLAM (1)





1- Agama yang dianuti oleh Nabi Isa adalah Islam dan menyembah Allah yang Esa sahaja. Nabi Isa tidak pernah mengajak umatnya terdahulu untuk menganggap dirinya sebagai tuhan seperti mana dakwaan beberapa golongan yang lemah akalnya. Maka Islam mengajak kepada pegangan yang benar iaitu tiada Tuhan melainkan Allah sahaja.


2- Nabi Isa juga mengiktiraf akan datangnya nabi mulia akhir zaman bernama Ahmad atau Muhammad iaitu nabi kita nabi Muhammad Bin Abdullah. Maka Islam mengajak juga beriman akan pernah adanya nabi Isa alaihissalam yang juga mulia.


3- Kristian mempercayai kononnya Allah DUDUK di langit dan berada zatNya bersila/duduk di atas 'arasy. Sedangkan Islam tidak pernah berakidah lemah begitu. Maha suci Allah dari sifat-sifat kurang lagi lemah. Sedangkan Islam mengajak kepada akidah yang logik bahawa Pencipta iaitu Allah sebagai Tuhan kita tidak serupa/tidak sama dengan makhluk dan Allah TIDAK bersifat lemah duduk/bersila atas arasy dan TIDAK juga zatNya berada/bertempat di langit.

4- Islam tidak pernah menghina Nabi Isa 'alaihissalam bahkan megiktiraf baginda sebagai Nabi yang pernah diutuskan Allah. Disisi Islam sesiapa yang menghina Nabi Isa tersebut maka dia fasiq lagi kafir dan tidak diterima sama sekali sebagai mukmin. Manakala mereka yang berakal cetek menghina Nabi Muhammad dengan pelbagai tohmahan.Islam mengajak kristian ke arah kebaikan iman dan akhlak.



5- Dikatakan wujud usaha menjadikan Kristian agama rasmi bagi negara Malaysia ini sedangkan Islam lah agama rasmi yang diakui semua termasuk pembesar Kristian di Malaysia.

Ok...tapi bagaimana dengan nama ALLAH? adakah wajar nama Allah itu dipergunakan untuk dakyah kepada agama selain agama rasmi ini?

Saya Abu Syafiq Al-Asy'ariy mengajak kristian memeluk agama Islam demi kebaikan bersama.

BAGAIMANAKAH SAYA NAK MASUK ISLAM ?

Jawapan :

Cara untuk masuk Agama Islam adalah SANGAT MUDAH iaitu dengan melafazkan Dua Kalimah Shahadah (Ash-Shahadatain) dalam apa-apa bahasa sekalipun asalkan ianya difahami oleh individu yang ingin memeluk Islam tersebut.

Ucapan Dua Kalimah Shahadah

Bahasa Arab (Paling Afdhal) :

أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ

Bahasa Melayu :

Aku Bersaksi Bahawa
Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah
dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah

Bahasa Inggeris :

I bear witness that no one deserves to be worshiped except Allah
and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah

( Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Urdu, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa sedang dalam pencarian - bagi saudara-suadara pembaca seIslam daripada pelbagai bangsa yang boleh membantu dan tahu terjemahan dua kalimah Shahadah dalam bahasa-bahasa lain boleh hubungi terus saya Abu Syafiq 0193801979 atau ke www.facebook.com/AbuSyafiq1 -Bersama Memperjuangkan Islam Tercinta! )

Sesudah urusan Mengucap dua kalimah shahadah dan urusan penerangan serta pemberifahaman tentang asas2 Aqidah dan Syariat Islam yang sebenar (bukan dari wahhabi, Syiah, Hizbut Tahrir dan ajaran-ajaran songsang yang lain) maka bolehlah :

1.Buat urusan pendaftaran masuk Islam dgn pihak berkuasa yg berkenaan seperti Jabatan Agama Islam Negeri atau Daerah yg berhampiran selalunya di Bahagian Saudara Baru - (sebaiknya dibawa bersama 2 orang saksi utk sesi tajdid shahadah dan pendaftaran di hadapan pegawai Jabatan Agama), atau di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).Kad Saudara Baru akan diberikan sebaik sahaja segala urusan pendaftaran selesai.

1.1 Bagi foreigner atau warga asing yang ingin berdaftar perlulah membawa bersama pasport (sekiranya tidak disimpan oleh majikan) atau salinan asal pasport (sebaiknya ada pengesahan dari pegawai kelas A atau sesiapa yg berkelayakan)

- Bawa bersama gambar berukuran pasport 1-2 keping,(nak bwk lebih pun takpe)


2.Buat kad pengenalan baru untuk pertukaran status agama di Jabatan Pendaftaran Negara yg berhampiran ( agar tidak timbul sebarang dakwaan atau tuntutan dikemudian hari + bukti kukuh pengislaman )

Tips : sekiranya kedapatan sebarang masalah dlm apa juga bentuk seperti ugutan ataupun saudara baru yg masih di bwh umur eloklah dirahsiakan terlebih dahulu identiti dan pengIslaman mereka sebagai langkah berhati2. Bagi saudara baru di bawah umur sekiranya timbul masalah elok dirahsiakan pengIslaman sehingga berusia 21 tahun.

Nasihat Untuk Diri, Saudara Baru & Saudara SeIslam Semua :

HENDAKLAH BERTETAPAN DALAM ISLAM, jangan keluar masuk Islam seperti biskut Choc Fudge (sekejap ada sekejap tak ada)

BERKELUARGA & BERMASYARAKATlah dengan saudara baru kita...jangan biarkan mereka merasa terasing lagi terpinggir ditengah2 masyarakat Islam yang sebegini ramai..berbicaralah dengan mereka sesantun dan sejujur mungkin kerana mereka ini bagaikan kain putih bahkan tak ubah seperti bayi yang baru dilahirkan...suci bersih dari sebarang noda dan dosa...uruskan hak-hak mereka seperti zakat sebaik mungkin...tunjukkanlah kepada mereka Akhlak dan Keperibadian Agung Islam yang sebenar...Besar ganjaran pahala bagi mereka yang mengIslamkan, mera'ikan apalagi membimbing Saudara Baru seperti mereka...

PERTAHANKANLAH AQIDAH KITA DAN MEREKA HINGGA KE TITISAN DARAH...DEGUP JANTUNG daaannn HELA NAFAS YANG TERAKHIR!!!.

P/S : Disediakan oleh Tuan Blog berdasarkan kajian, pengamatan dan pengalaman beliau sendiri dalam menguruskan proses pengIslaman & bimbingan kepada saudara baru dan individu yang mula menyedari kebenaran Islam dan mencari hidayah petunjuk serta ketenangan hakiki dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Sebarang bentuk perbincangan, pertanyaan, perkongsian pengalaman, tips-tips bimbingan saudara baru, kelas-kelas bimbingan Aqidah dan Asas-asas Ilmu Islam boleh hubungi : saya Abu Syafiq 006-019-3801979

วันศุกร์ที่ 26 พฤศจิกายน พ.ศ. 2553

Lebih Baik Minum Arak Dari Ziarah Kubur Di Hari Raya- Fatwa Rasmi Wahabi Takfiri

WAHABI MENGANGGAP BAHAWA MENZIARAHI KUBUR DI HARI RAYA ADALAH KUFUR TERKELUAR DARI ISLAM DAN KINI WAHABI MENYURUH UMAT ISLAM MINUM ARAK PULA. SILA PERHATIKAN DENGAN BUKTI

WAHHABI MENYURUH UMAT ISLAM BAHKAN PENGIKUTNYA PERGI KE KEDAI ARAK DAN MINUM ARAK SAMBIL HISAP ROKOK




Pada rakaman di atas tokoh Wahhabi utama zaman ini bernama Al-'Ar'ur yang pernah kalah berdebat dengan Syeikh Hassan Al-Saqqaf telah mengarahkan perkara yang haram minaddin biddhoruroh iaitu:

Wahhabi tersebut (Al-'Ar'ur) memaksa dan menyuruh umat Nabi Muhammad minum arak (khamar) dan pergi ke kedai arak duduk dan minumlah arak. Itulah kenyataan sesat yang jelas dinyatakan oleh semua Wahhabi. Dengar sahaja suruhan Wahhabi agar kelompok mereka iaitu Wahhabi sendiri pergi minum arak.
Bukankah arak dan minum arak itu adalah perkara yg amat jelas haramnya. Bahkan orang kafir asli pun tahu ianya haram dalam agama Islam. Subhanallah.

Dalam raakaman tersebut juga tokoh Wahhabi itu melarang umat Islam masuk ke kelas-kelas pengajian Al-Quran, Sahih Bukhari dan Sohih Muslim kerana kelas pengajian tersebut TIDAK DIAJAR oleh Wahhabiyah Mujassimah Takfiriyyah.

Semoga Allah memelihara kita dari terpengaruh dengan ajaran Wahhabi kerana mereka bukan sesat dalam aqidah sahaja bahkan menyuruh pengikut mereka (wahhabi) untuk minum arak.
Rakaman di atas adalah bukti segalanya.

วันพุธที่ 17 พฤศจิกายน พ.ศ. 2553

Sanggah Fatwa Wahabi Bodo "Takbir Raya Berjemaah Bid'ah MASUK NERAKA"


( http://www.binbaz.org.sa/mat/8690 )

Jangan percaya apapun yang datang dari Wahabi kerana mereka adalah golongan yang telah diisyaratkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad bahawa di Najd terbitnya tanduk syaitan dan Wahabi bermula ajaran mereka disana. Wahabi juga gemar mengebom mati umat Islam dan membunuh ulama Islam.

Manakala hukum bertakbir raya pabila waktu menjelang masanya pada raya puasa dan raya haji adalah disyariatkan, digalakkan dan juga disunatkan. Antara dalilnya adalah ;

- Imam Bukhary meriwayatkan dalam sahihnya pada Kitab Jum'ah bahawa Saidina Umar bertakbir dikubahnya ketika di Mina kemudian umat islam ahli Masjid turut bertakbir begitu juga mereka yang di pasar sehingga kawasan Mina dipenuhi laungan bersama dengan bunyi takbir.

- Imam Bukhary juga meriwayatkan dalam sahihnya pada Kitab Al-'Idain bahawa Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah mereka berdua keluar ke pasar pada hari ke sepuluh zulhijjah (raya korban)lantas mereka berdua bertakbir dan kemudian masyarakat bertakbir bersama takbir keduannya (iaitu takbir berjemaah).

- Dalam kitab dan bab yang sama juga Imam Bukhary meriwayatkan lagi bahawa Maimunah bertakbir pada hari raya korban dan wanita-wanita bertakbir bersama belakang Aban bin Uthman dan Umar bin Abdul Aziz pada malam-malam tashriq bersama para jemaah lelaki dan masjid.

- Ummu 'Athiyyah (sahabiah Nabi)berkata: Kami diperintah untuk keluar pada hari raya sehingga anak dara juga keluar dan juga wanita haid kemudian berada di belakang orang ramai dan wanita bertakbir beramai-ramai bersama takbir mereka (lelaki2). Dalam riwayat Muslim (hadith nom 890) menyebut mereka bertakbir beramai-ramai bersama-sama para jemaah lelaki.

Kesemua di atas merupakan dalil bahawa harus dan digalakkan bertakbir secara berjemaah bahkan disunatkan seperti mana ia zahir dari dalil2 tersebut.

Kemudian pandangan dalam mazhab empat (Hanafi, Maliki, Syafie&Hambali) membuktikan bahawa hukum bertakbir raya beramai-ramai berjemaah merupakan sesuatu yang diharuskan bahkan digalakkan.

1- Mazhab Hanafi: "Bertakbir pada hari Tasyriq merupakan satu kewajipan keatas lelaki dan wanita sekali dan jika melebihi sekali ia lebih afdhal dan takbir raya itu dilakukan secara BERJEMAAH atau berseorangan" Rujuk Hasyiah Ibnu 'Abidin 'Ala Ad-Durri Mukhtar 2 m/s 177-179.

2- Mazhab Maliki: Bertakbir raya disisi kami (mazhab malikiyyah) adalah dilakukan oleh semua orang secara berseorangan atau BERJEMAAH. Rujuk Majmu' Syuruh Muwattho' j 11 m/s 405.

3- Mazhab Hambali: Bertakbir secara jahr (nyaring) merupakan sunnah. Rujuk Matolib Ulil Nuha 1/802.

4- Mazhab kita Mazhab Syafie' : Syeikh Islam Zakaria Al-Ansari, Imam Nawawi bahkan Imam Mujtahid Mutlaq Imam Asy-Syafie sendiri menyatakan bahawa bertakbir raya beramai-ramai secara berjemaah di masjid atau selainnya merupakan sesuatu yang digalakkan, di haruskan disunatkan juga pada selepas setiap kali solat 5 waktu pada hari2 raya tersebut. Rujuk Al-Um jilid 1 ms 264,275, 276, Asna Al-Matalib j 1ms 284 & Syarh An-Nawawi ' Ala Muslim j 6 ms 179.

Maka selepas ini Wahabi perlu menahan lidah mereka dengan mengigitnya agar tidak cepat menghukum umat Islam sebagai pelaku bid'ah sedangkan Wahabi lah ahli bid'ah yang suka mengkafirkan umat Islam dan mmbawa akidah tashbih kononnya Allah itu lemah serupa dengan makhluk. Awas! jgn ikut Wahabi!.

wassalam...

oleh : abu syafiq

วันพุธที่ 3 พฤศจิกายน พ.ศ. 2553

WAHHABI PALSUKAN & UBAH KITAB TAFSIR ULAMA

kepada sahabat seperjuanganku berhati-hati bila beli kitab ?











DI ATAS ADALAH COVER BAGI KITAB "HASYIYAH AL-ALLAMAH AS-SOWI ALA TAFSIR JALALAIN" KARANGAN SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD AS-SOWI ALMALIKY MENINGGAL 1241H.


YANG TELAH DIPALSUKAN OLEH WAHHABI.CETAKAN DAR KUTUB ILMIAH PADA TAHUN 1420H IAITU SELEPAS CETAKAN YANG ASAL TELAH PUN DIKELUARKAN PADA TAHUN 1419H.

INI ISU KANDUNGAN DALAM KITAB YANG TELAH DIPALSUKAN:











ISI KITAB DI ATAS YANG TELAH DIPALSUKAN & TIDAK BERSANDARKAN PADA NASKHAH YANG ASAL DAN DIUBAH PELBAGAI ISI KANDUNGAN ANTARANYA PENGARANG KITAB TELAH MENYATAKAN WAHHABI ADALAH KHAWARIJ KERANA MENGHALALKAN DARAH UMAT ISLAM TANPA HAK. TETAPI DIPALSUKAN OLEH WAHHABI LANTAS DIBUANG KENYATAAN TERSEBUT. INI MERUPAKAN KETIDAK ADANYA AMANAH DALAM ILMU AGAMA DISISI KESEMUA PUAK WAHHABI.

NAH...!

INILAH KITAB TAFSIR TERSEBUT YANG ORIGINAL LAGI ASAL:











DI ATAS INI ADALAH COVER KITAB SYARHAN TAFSIR ALQURAN BERJUDUL "HASYIYAH AL-ALLAMAH AS-SOWI ALA TAFSIR JALALAIN".KARANGAN SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD AS-SOWI ALMALIKY MENINGGAL 1241H.CETAKAN INI ADALAH CETAKAN YANG BERSANDARKAN PADA NASKHAH KITAB TERSEBUT YANG ASAL.DICETAK OLEH DAR IHYA TURATH AL-'ARABY.
PERHATIKAN PADA BAHAGIAN BAWAH SEBELUM NAMA TEMPAT CETAKAN TERTERA IANYA ADALAH CETAKAN YANG BERPANDUKAN PADA ASAL KITAB.CETAKAN PERTAMA PADA TAHUN 1419H IAITU SETAHUN SEBELUM KITAB TERSEBUT DIPALSUKAN OLEH WAHHABI.

INI ISI KANDUNGAN DALAM KITAB TERSEBUT PADA JUZUK 5 MUKASURAT 78:










DI ATAS INI ADALAH KENYATAAN SYEIKH AS-SOWI DARI KITAB ASAL MENGENAI WAHHABI DAN BELIAU MENYIFATKAN WAHHABI SEBAGAI KHAWARIJ YANG TERBIT DI TANAH HIJAZ.
BELIAU MENOLAK WAHHABI BAHKAN MENYATAKAN WAHHABI SEBAGAI SYAITAN KERANA MENGHALALKAN DARAH UMAT ISLAM, MEMBUNUH UMAT ISLAM DAN MERAMPAS SERTA MENGHALALKAN RAMPASAN HARTA TERHADAP UMAT ISLAM.LIHAT PADA LINE YANG TELAH DIMERAHKAN.



Inilah Wahhabi. Bila ulama membuka pekung kejahatan mereka Wahhabi akan bertindak ganas terhadap kitab-kitab ulama Islam.
Awas..sudah terlalu banyak kitab ulama Islam dipalsukan oleh Wahhabi kerana tidak sependapat dengan mereka.

Semoga Allah memberi hidayah kepada Wahhabi dan menetapkan iman orang Islam.

oleh: Abu Syafiq Al-Asy'ary 012-2850578

RAKAMAN MUFTI MESIR HENTAM WAHHABI









MUFTI MESIR DR. SYEIKH ALI JUM’AH MENJELASKAN PERIHAL WAHHABI MENGKAFIRKAN PEMIMPIN ISLAM DAN UMAT ISLAM.
(audio suara)



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setelah seluruh ulama islam bangun menentang ajaran Wahhabiyah yang mengkafirkan umat islam,
kita dapati ramai dikalangan Wahhabi masa kini mengkambinghitamkan jabatan-jabatan agama termasuk mengunakan nama mufti di sebelah utara.
Oleh itu perlulah satu penerangan jelas mengenai ajaran Wahhabiyah ini yang cepat mengkafirkan ulama islam dan umatnya.

Mufti Mesir terkini Syeikh Dr. Ali Jum’ah mengarang kitab yang cukup berakademik dan ilmiah menyanggah ajaran yang dibawa oleh Wahhabiyah, buku beliau tersebut berjudul AL-BAYAN LIMA YASGHULUL AZHAN.
Kitab tersebut boleh dijadikan rujukan yang baik bagi ahli jawatankuasa fatwa negeri-negeri dan jabatan-jabatan agama negeri kerana Mufti Mesir tersebut merupakan antara ulama Universiti Al-Azhar dan beliau lebih mengenali ajaran Wahhabiyah daripada kita di tanahair ini.

AUDIO MUFTI MESIR MENYATAKAN AJARAN WAHHABI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM :
http://www.islamchina.net/arabic/Mufti_Misr_talk_about_wahhabi.htm

Dalam kenyatann Mufti Mesir dalam audio tersebut beliau menjelaskan seperti berikut (terjemahan) :


” Ditanya kepadaku, adakah harus solat di dalam masjid yang ada kubur?.
Ya! sememang solat di dalam masjid wujudnya kubur adalah harus dalilnya kerana solat di dalam masjid Rasulullah adalah harus (wujud didalamnya 3 kubur).
Maka fatwa mengenai solat di dalam masjid dalamnya ada kubur adalah harus kerana hukum solat di dalam masjid Rasulullah telahpun menjadi ijmak muslimun bahawa hukumnya adalah harus. Sekiranya dikatakan hukum itu khas bagi nabi sahaja, itu tidak sohih kerana didalam masjid nabawi terdapat kubur selain nabi Muhammad iaitu kubur saidina Umar dan Saidina Abu Bakar.Maka jawapan dari soalan adakah harus solat di dalam masjid yang ada kubur?.
Maka jawapannya solat di dalamnya adalah harus, masjid juga dibina diatasnya adalah harus dan kubur tersebut adalah harus dan di zaman Rasulullah pernah dibina masjid didalamnya terdapat kubur Abu Basir.

Manakala erti hadith dalam sohih Bukhari yang menyatakan ‘ Allah melaknat Yahudi dan Nasaro yang menjadikan kubur para nabi dan wali sebagai masjid’.
Hadith tersebut bererti yahudi sujud kepada kubur dan bukan sujud kepada Allah, mereka menganggap uzair itu adalah anak Allah dan begitu juga kristian mereka sujud kepada kubur dan beranggapan bahawa Isa itu anak Allah, inilah erti hadith tersebut.
Sekiranya kita pergi ke Batikan ( nama tempat Yahudi ) kita akan dapati bahawa mereka berlumba-lumba sujud kepada kubur-kubur tersebut kemudian mereka tinggalkan.
Makala hukum membina masjid atas kubur (menjadikan didalamnya ada kubur) maka hukumnya adalah harus.
Iman Baidhowi menyatakan demikian adalah antara qurubat iaitu kebaikan mendekatkan diri kepada Allah. Ada beza antara masjid yang diertikan seseorang itu sujud kepada kubur dan dibina di atasnya masjid.

Ada kelompok bernama Wahhabiyah,
satu ketika Wahhabiyah mahu keluar dari pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, tapi Nabi menyatakan ‘ Tiada sesiapa boleh keluar dari Khalifah’ (makna Hadith).
Wahhabiyah pun merancang untuk keluar dari khalifah dan meraka dapati caranya adalah dengan mengkafirkan khalifah islam tersebut dan mereka merancang bagaimana nak dihukumkan khalifah tersebut sebagai kafir supaya akhirnya dia dibunuh, perancangan Wahhabiyah mengkafirkan dan menjatuhkan daulah Uthmaniyah berjaya dilakukan dan khalifah terbunuh.
Kemudian Wahhabiyah menjatuhkan Daulah Uthmaniyah dan Wahhabiyah saling tolong menolonag dengan negara kafir Barat dan France, kemudia berlakulah fitnah kucar kacir sehingga kini disebabkan perbuatan Wahhabiyah tersebut.Kami menyatakan wahai seluruh orang muslimin.

Lihat lah apa ulama-ulama islam katakan, lihat kata-kata Imam Baidhowi, lihat kata-kata Imam Ibnu Hajar , lihat kata-kata Imam Syaukani! Ditangan-tangan kita bukti jelas dari kitab-kitab! “. (tamat terjemahan, harap sesiapa yg boleh betulkan lagi terjemahan amatlah dialu-alukan)

Ibnu Taimiyah Puji Al-Asyairah, Wahhabi Pula Mengkafirkan






BUKU TEKS SEKOLAH WAHHABI MENGAJAR KITA SUPAYA MARI KAFIRKAN UMAT ISLAM. AWAS!


WAHHABI MENGAJAR DISEKOLAH MEREKA BAHAWA AL-ASYAI'RAH ADALAH KAFIR KERANA MENAFIKAN SIFAT ALLAH KUNUNNYA.


Ibnu Taimiyah Memuji Golongan Islam AL-ASYA'IRAH Manakala Semua Wahhabi Pula Mengkafirkan Al-Asya'irah

Berkata Syeikhul IslamWahhabi Ahmad Bin Taimiyah Al-Harrani mengenai golongan Islam iaitu Al-Asya'irah (teksnya):
" Manakala sesiapa yang melaknat ulama-ulama Al-Asya'irah maka si pelaknat itu hendaklah dihukum ta'zir dan kembali laknat itu kepada sesiapa yang melaknat Al-Asyairah juga sesiapa yang melaknat orang yang bukan ahli untuk dilaknat maka dialah yang perlu dilaknat, ulama adalah pendukong cabangan agama dan AL-ASYA'IRAH PULA ADALAH PENDUKONG DAN PEJUANG ASAS AGAMA ISLAM".
Demikan kenyataan Ibnu Taimiyah mengenai Al-Asya'irah.

Teks Ibnu Taimiyah tersebut in arabic dalam kitabnya berjudul Majmuk Fatawa pada juzuk 4 mukasurat12:

وأما لعن العلماء لأئمة الأشعرية فمن لعنهم عزر. وعادت اللعنة عليه فمن لعن من ليس أهلاً للعنة وقعت اللعنة عليه. والعلماء أنصار فروع الدين، والأشعرية أنصار أصول الدين

________________

* Ibnu Taimiyah juga terkenal dengan pandangannya yang berubah-rubah bertukar-tukar seperti akidahnya juga sering berbolak-balik.


والله أعلم

oleh : abu syafiq