วันพฤหัสบดีที่ 25 สิงหาคม พ.ศ. 2554

WAHHABI TIPU AL-IBANAH


















( BUKTI DARI KITAB AL-IBANAH 1)


















( BUKTI DARI KITAB AL-IBANAH 2 )




" AL-IBANAH 'AN USULI DIYANAH " BUKAN KESEMUA ISI KANDUNGANNYA TULISAN IMAM AL-ASY'ARY.

Sememangnya kitab-kitab karangan Imam yang agong iaitu Imam Abu Hasan Al-Asy'ary ini menjadi carian dan keutamaan dalam menyebarkan dakwah. Ini kerana nama Imam tersebut sudah cukup mengambarkan kehebatan ilmu yang disampaikan seperti tersemai di tenta sejarah.

Berdasarkan kajian yang teliti dan amanah didapati bahawa kebanyakan kitab karangan Imam Al-Asya'ry dipermainkan dan ditokok tambah beberapa isi kandungannya berdasarkan apa yang telah diterangkan dalam kitab Tabyin Kazibi Muftary 'Ala Imam Abu Hasan Al-Asy'ary oleh Ibnu 'Asakir yang merupakan antara tokoh Al-Asya'irah yang utama.

WAHHABI BERDUSTA TERHADAP KITAB AL-IBANAH.
Rujuk sahaja buku-buku Wahhabi pasti akan diselitkan kenyataan dusta tanpa amanah terhadap Imam Al-Asy'ary. Paling kerap dinukilkan adalah dari kitab yang berjudul Al-Ibanah 'An Usuli Ad-Diyanah.
Sebenarnya banyak pendustaan yang jelas terhadap sebahagian isi kandungan kitab tersebut.
Cuma kali ini difokuskan kepada satu sahaja daripada 39 pendustaan yang ditokok tambah dalam kitab tersebut.

WAHHABI BERDUSTA MENDAKWA "ALLAH DUDUK ATAS ARASY" ADALAH AKIDAH IMAM AL-ASYA'RY.
Ini merupakan pendustaan terhadap Imam Abu Hasan Al-Asy'ary.
Sebenarnya Imam Abu Hasan Al-Asy'ary tidak pernah mengatakan Allah Duduk Di Atas 'Arasy dan tidak pernah juga beliau menyatakan Allah Bersemayam Di Atas 'Arasy.
Tidak wujud dalam mana-mana kitab beliau pun kenyataan kufur tersebut.
Tidak wujud juga perkataan kufur tersebut dalam kitab Al-Ibanah 'An usuli Ad-Diyanah karangan Imam Asy'ary. Tetapi Wahhabi berdusta lantas menyandarkan perkataan kufur tersebut kepada Imam Al-Asya'ry
Amat keji sungguh si penokok tambah yang mendakwa Imam Asy'ary kata begitu dalam Al-Ibanah. Bahkan apabila Imam Al-Asya'ry menyatakan tentang Istawa Allah beliau mensyarahkan dengan erti yang bukan bertempat dan berbentuk.
Lihat kitab Al-Ibanah di atas artikel ini yang telah discan dan perhatikan pada line yang telah digaris, kitab Al-Ibanah tersebut dicetakan Saudi Arabia Universiti Islamiah Madinah Munawwarah cetakan 5 mukasurat 119 & 126.

WAHHABI KATA : Imam Abu Hasan Al-Asya'ry pun kata Allah bertempat duduk/bersemayam di atas arasy dalam kitabnya Al-Ibanah.

Sedangkan

IMAM ABU HASAN AL-ASYA'RY PULA SEBUT DALAM KITABNYA ITU SENDIRI: ALLAH BERISTAWA ATAS ARASY TANPA BERBENTUK DAN TANPA MENGAMBIL TEMPAT. Lihat kitab Al-Ibanah di atas artikel ini yang telah discan dan perhatikan pada line yang telah digaris, kitab Al-Ibanah tersebut dicetakan Saudi Arabia Universiti Islamiah Madinah Munawwarah cetakan 5 mukasurat 119 & 126.


Pendusta Wahhabi amat keji disisi Allah dan Islam. Semoga pembohong Wahhabi ini diberi hidayah sebelum mati.

*ISTAWA TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN KEPADA BERSEMAYAM KERANA BERSEMAYAM BERERTI DUDUK, INI BUKAN SIFAT ALLAH. SEPERTI MANA ALMUTAKABBIR TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN KEPADA SOMBONG&ANGKUH KERANA ITU SIFAT JELEK BUKAN SIFAT ALLAH. AKAN TETAPI SEBAIKNYA DITERJEMAHKAN DENGAN MAHA BERKUASA.

OLEH: ABU SYAFIQ

วันพุธที่ 18 พฤษภาคม พ.ศ. 2554

Kristian-Islam. MENGAPA KRISTIAN PERLU MASUK ISLAM (1)





1- Agama yang dianuti oleh Nabi Isa adalah Islam dan menyembah Allah yang Esa sahaja. Nabi Isa tidak pernah mengajak umatnya terdahulu untuk menganggap dirinya sebagai tuhan seperti mana dakwaan beberapa golongan yang lemah akalnya. Maka Islam mengajak kepada pegangan yang benar iaitu tiada Tuhan melainkan Allah sahaja.


2- Nabi Isa juga mengiktiraf akan datangnya nabi mulia akhir zaman bernama Ahmad atau Muhammad iaitu nabi kita nabi Muhammad Bin Abdullah. Maka Islam mengajak juga beriman akan pernah adanya nabi Isa alaihissalam yang juga mulia.


3- Kristian mempercayai kononnya Allah DUDUK di langit dan berada zatNya bersila/duduk di atas 'arasy. Sedangkan Islam tidak pernah berakidah lemah begitu. Maha suci Allah dari sifat-sifat kurang lagi lemah. Sedangkan Islam mengajak kepada akidah yang logik bahawa Pencipta iaitu Allah sebagai Tuhan kita tidak serupa/tidak sama dengan makhluk dan Allah TIDAK bersifat lemah duduk/bersila atas arasy dan TIDAK juga zatNya berada/bertempat di langit.

4- Islam tidak pernah menghina Nabi Isa 'alaihissalam bahkan megiktiraf baginda sebagai Nabi yang pernah diutuskan Allah. Disisi Islam sesiapa yang menghina Nabi Isa tersebut maka dia fasiq lagi kafir dan tidak diterima sama sekali sebagai mukmin. Manakala mereka yang berakal cetek menghina Nabi Muhammad dengan pelbagai tohmahan.Islam mengajak kristian ke arah kebaikan iman dan akhlak.



5- Dikatakan wujud usaha menjadikan Kristian agama rasmi bagi negara Malaysia ini sedangkan Islam lah agama rasmi yang diakui semua termasuk pembesar Kristian di Malaysia.

Ok...tapi bagaimana dengan nama ALLAH? adakah wajar nama Allah itu dipergunakan untuk dakyah kepada agama selain agama rasmi ini?

Saya Abu Syafiq Al-Asy'ariy mengajak kristian memeluk agama Islam demi kebaikan bersama.

BAGAIMANAKAH SAYA NAK MASUK ISLAM ?

Jawapan :

Cara untuk masuk Agama Islam adalah SANGAT MUDAH iaitu dengan melafazkan Dua Kalimah Shahadah (Ash-Shahadatain) dalam apa-apa bahasa sekalipun asalkan ianya difahami oleh individu yang ingin memeluk Islam tersebut.

Ucapan Dua Kalimah Shahadah

Bahasa Arab (Paling Afdhal) :

أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ

Bahasa Melayu :

Aku Bersaksi Bahawa
Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah
dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah

Bahasa Inggeris :

I bear witness that no one deserves to be worshiped except Allah
and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah

( Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Urdu, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa sedang dalam pencarian - bagi saudara-suadara pembaca seIslam daripada pelbagai bangsa yang boleh membantu dan tahu terjemahan dua kalimah Shahadah dalam bahasa-bahasa lain boleh hubungi terus saya Abu Syafiq 0193801979 atau ke www.facebook.com/AbuSyafiq1 -Bersama Memperjuangkan Islam Tercinta! )

Sesudah urusan Mengucap dua kalimah shahadah dan urusan penerangan serta pemberifahaman tentang asas2 Aqidah dan Syariat Islam yang sebenar (bukan dari wahhabi, Syiah, Hizbut Tahrir dan ajaran-ajaran songsang yang lain) maka bolehlah :

1.Buat urusan pendaftaran masuk Islam dgn pihak berkuasa yg berkenaan seperti Jabatan Agama Islam Negeri atau Daerah yg berhampiran selalunya di Bahagian Saudara Baru - (sebaiknya dibawa bersama 2 orang saksi utk sesi tajdid shahadah dan pendaftaran di hadapan pegawai Jabatan Agama), atau di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).Kad Saudara Baru akan diberikan sebaik sahaja segala urusan pendaftaran selesai.

1.1 Bagi foreigner atau warga asing yang ingin berdaftar perlulah membawa bersama pasport (sekiranya tidak disimpan oleh majikan) atau salinan asal pasport (sebaiknya ada pengesahan dari pegawai kelas A atau sesiapa yg berkelayakan)

- Bawa bersama gambar berukuran pasport 1-2 keping,(nak bwk lebih pun takpe)


2.Buat kad pengenalan baru untuk pertukaran status agama di Jabatan Pendaftaran Negara yg berhampiran ( agar tidak timbul sebarang dakwaan atau tuntutan dikemudian hari + bukti kukuh pengislaman )

Tips : sekiranya kedapatan sebarang masalah dlm apa juga bentuk seperti ugutan ataupun saudara baru yg masih di bwh umur eloklah dirahsiakan terlebih dahulu identiti dan pengIslaman mereka sebagai langkah berhati2. Bagi saudara baru di bawah umur sekiranya timbul masalah elok dirahsiakan pengIslaman sehingga berusia 21 tahun.

Nasihat Untuk Diri, Saudara Baru & Saudara SeIslam Semua :

HENDAKLAH BERTETAPAN DALAM ISLAM, jangan keluar masuk Islam seperti biskut Choc Fudge (sekejap ada sekejap tak ada)

BERKELUARGA & BERMASYARAKATlah dengan saudara baru kita...jangan biarkan mereka merasa terasing lagi terpinggir ditengah2 masyarakat Islam yang sebegini ramai..berbicaralah dengan mereka sesantun dan sejujur mungkin kerana mereka ini bagaikan kain putih bahkan tak ubah seperti bayi yang baru dilahirkan...suci bersih dari sebarang noda dan dosa...uruskan hak-hak mereka seperti zakat sebaik mungkin...tunjukkanlah kepada mereka Akhlak dan Keperibadian Agung Islam yang sebenar...Besar ganjaran pahala bagi mereka yang mengIslamkan, mera'ikan apalagi membimbing Saudara Baru seperti mereka...

PERTAHANKANLAH AQIDAH KITA DAN MEREKA HINGGA KE TITISAN DARAH...DEGUP JANTUNG daaannn HELA NAFAS YANG TERAKHIR!!!.

P/S : Disediakan oleh Tuan Blog berdasarkan kajian, pengamatan dan pengalaman beliau sendiri dalam menguruskan proses pengIslaman & bimbingan kepada saudara baru dan individu yang mula menyedari kebenaran Islam dan mencari hidayah petunjuk serta ketenangan hakiki dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Sebarang bentuk perbincangan, pertanyaan, perkongsian pengalaman, tips-tips bimbingan saudara baru, kelas-kelas bimbingan Aqidah dan Asas-asas Ilmu Islam boleh hubungi : saya Abu Syafiq 006-019-3801979